SEBARANG TEMPAHAN DAN PERTANYAAN



facebook Email: fathulqalbi@yahoo.com/fattah muhammad


Sunday, February 3, 2013


mungkin ada yg tertanya-tanya knp potong paku..  maksud besi potong paku ialah besi yg kuat dn tidak mudah patah serta tidak mudah sumbing sekiranya ditakik pada tulang.... dan apabila diasah tajam tidak akan mudah tumpul.. tanpa perlu mengasah berulang kali... 





( pak akob sedang melakukan proses menghaluskan sarung parang supaya belak atau corak semulajadi kayu itu timbul )

( gambar beberapa jenis hasil tangan pak akob)


sekiranya ada yg berminat dgn hasil kerja pak akob boleh terus menghubunginya : 0196251017


                                                                                                           

                                                                                         

Tuesday, October 16, 2012

antara air tangan tukang anak badik dan golok kecil . kayu hutan balak.. besi cold steel boleh potong paku... untuk tempahan 

Saturday, October 13, 2012

bila parang bercerita-part 4

apabila menerima panggilan dari penempah beliau akan bertanya tentang jenis besi yang hendak digunakan oleh penempah.. sama ada besi biasa (boreng,spring dll) atau besi german atau lebih dikenali sebagai cold steel..  besi cold steel lbih mahal berbanding dengan besi biasa.. kerana besi ini lebih keras dan padat.. dan paling menarik boleh memutuskan paku tanpa menyebabkan  kerosakan pada mata. dan proses untuk menyiapkan parang dari besi jenis ini sgt sukar dan mengambil masa yang lama berbanding dengan besi biasa.. kerana sifatnya yg keras... saya juga telah menggunakan parang dari jenis besi ini.. subhanallah.. ternyata BENAR.. ketika menyembelih kambing.. dagingnya tidak berbau.. dan bermula dari proses sembelih hinggalah memotong daging dan tulang hanyalah cukup dengan menggunakan sebilah parang ini sahaja.. tanpa kapak dn tukul.. dan tnpa perlu diasah lagi...

bila parang bercerita-part3

apabila sampai dirumahnya...kami berkenalan dan berbual panjang.. pak akob kelihatan begitu ramah dan tak lokek berkongsi pengalaman dan ilmu.. apabila malam. pak akob mula menjalankan tugasnya.. katanya malam adalah waktu yang tenang untuk berkarya.. kata pak akob lagi, apabila beliau menyiapkan setiap bilah parang ataupun tempahan lain, beliau akan menyiapkan dengan penuh berhati-hati, dan penuh dengan jiwa kesenian..dan akan berasa puas apabila hasil tangannya sempurna dan memuaskan hati pelanggan.. kata kunci yang selalu dipegang adalah: ikhlaskan hati ketika melakukan sesuatu... dan parang yg siap itulah cerita dan gambaran luahan hati tukang melayu...
ketika waktu itu pak akob sedang melakukan proses membakar besi, menempanya,dan mencanaikan besi tersebut.. dalam proses pembuatan parangnya. besi yang digunakan oleh pak akob adalah besi german yang mana besi ini bersifat keras dan tajam apabila siap diproses..

Friday, October 12, 2012

bila parang bercerita -part 2

tukang parang yg aku kenali sebenarnya bersumberkan kepada buku bicara yg aku beli dek kerana tertarik dengan entrinya yang bertajuk "besi mamah besi" setelah ku ratah segala isi kandungan buku itu.. aku terus menghubungi nombor yang tertera. tatkala panggilanku bersambut,  terus ku nyatakan hasrat untuk bertandang ke teratak pak akob.. seminggu selepas itu aku bergerak dari pahang dan terus ke rumah beliau...iaitu di sg choh, rawang , selangor.. (pak akob diwawancara oleh wartawan bicara)

Bila parang bercerita-part 1


Alhamdulillah bersyukur kpd Allah dengan  hidayahnya atas kesempatan yg diberikan dapat aku nukilkan nukilan kesenian bangsa melayu dibumi bertuah ini..
sinonimnya bangsa melayu itu sendiri dengan kesenian. dalam beraneka cabang kesenian, yang menarik minatku adalah kesenian tukang2 parang/senjata melayu.. dari kecil lagi aku berazam untuk  memenuhi tuntutan bangsaku dalam seni pertukangan senjata melayu,

Angan-anganku bukan angan-angan Mat Jenin, dengan azam yang tinggi aku mulakan penjelajahan pertamaku dalam misi mencapai cita2 ku untuk memartabatkan seni pertukangan senjata2 melayu,

Pada awal bulan 6/2012 aku memulakan penjelajahan pertama, bertemu dengan seorang tukang parang yg mesra dengan panggilan "pak akob" atau nama sebenar beliau yaacob bin ismail... 
Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum...............